Halaman Utama|Hubungi Kami|Senarai e-Mobile|Ahli Masuk Bahasa Malaysia 
› Syarikat › Produk › Kerjaya › Berita › Hubungi Kami › Muat Turun
Ke Halaman Uatama
Halaman UtamaPeraturan-peraturan Perjanjian Ahli


Peraturan-peraturan Perjanjian Ahli



1) Sila membaca dan memahami peraturan-peraturan penggunaan berikut sebelum melayari laman web ini. Semua pengguna laman web ini hendaklah mematuhi peraturan-peraturan berikut. MXB INTERNATIONAL (seterusnya dikenali sebagai “MXB INTERNATIONAL”) berhak meminda peraturan-peraturan penggunaan ini pada bila-bila masa. Anda dinasihatkan jangan menggunakan maklumat dalam laman web ini jika tidak bersetuju dengan syarat ini.

2) Laman web perniagaan ini terbuka kepada mereka yang berusia 18 tahun dan ke atas. Mereka yang belum genap 18 tahun dikehendaki mendapatkan persetujuan daripada ibu bapa atau penjaga sebelum melayari. Sekiranya anda enggan memberitahu ibu bapa atau penjaga, tetapi bersetuju untuk mematuhi peraturan-peraturan berkenaan dan peraturan-peraturan khas bagi perkhidmatan khas atau peraturan yang ditokok tambah dari masa ke masa, anda juga dinasihatkan supaya jangan melayari, muat turun, muat naik atau menggunakan perkhidmatan dalam laman web ini.

3) Perniagaan dan tingkah laku MXB INTERNATIONAL adalah tertakluk kepada undang-undang negara dan tempatan, kegunaan dan tafsiran peraturan-peraturan berkenaan juga terikat kepadanya.

4) Semua maklumat, produk dan perkhidmatan dalam laman web ini berasaskan keadaan “sedia ada”. Pihak MXB INTERNATIONAL akan cuba sedaya upaya untuk memastikan kekemaskinian dan ketepatan maklumat dalam laman web ini. Namun, MXB INTERNATIONAL tidak dapat menjamin kejituan dan kesempurnaan maklumat, pengumuman dan isi kandungannya. Pihak MXB INTERNATIONAL tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kesalahan, pemindaan dan ketidakjituan yang wujud dalam maklumat, pengumuman dan isi kandungan yang berkenaan. MXB INTERNATIONAL juga tidak akan bertanggungjawab ke atas apa-apa kerugian yang timbul daripada sama ada pengguna menyambung atau menggunakan laman web ini, atau gagal menyambung atau menggunakan laman web ini atau akibat kesalahan yang terkandung dalam maklumat laman web ini.

5) Semua ahli dinasihatkan supaya mempromosikan produk dan peluang peniagaan MXB INTERNATIONAL berdasarkan peraturan-peraturan yang ditetapkan, bagi mengelakkan nama baik MXB INTERNATIONAL dan produknya daripada terjejas, atau kesan publisiti yang negatif dan tindakan mahkamah yang timbul berikutannya.


Nama-nama khas:



Melainkan dinyatakan secara khas, semua reka bentuk, tulisan dan gambar yang terkandung dalam laman web ini adalah hak cipta terpelihara MXB INTERNATIONAL. Antaranya termasuk tetapi tidak terhad kepada logo, nama laman web, nama syarikat, CIS (Standard Identiti Korporat), slogan atau nama produk, atau istilah khas yang digunakan oleh MXB INTERNATIONAL; sementara cap dagang, jenama, logo, slogan, nama syarikat atau logo perkhidmatan bagi syarikat lain yang tersiar dalam laman web ini adalah hak milik syarikat berkenaan. Ahli-ahli tidak dibenarkan dengan apa jua cara atau tujuan menduplikasi, muat turun, meletak, melekat, muat pindah atau mencetak semula maklumat atau produk berkenaan, kecuali mendapatkan kebenaran bertulis daripada MXB INTERNATIONAL terlebih dahulu. MXB INTERNATIONAL membenarkan ahli-ahlinya menyimpan atau mencetak maklumat yang terkandung dalam laman web ini semata-mata untuk kegunaan peribadi, bukannya untuk tujuan komersial.


Penggunaan internet:



Ahli-ahli boleh mendirikan laman web di internet untuk mempromosikan peluang peniagaan dan produk MXB INTERNATIONAL dengan berdasarkan syarat-syarat berikut:

1) Ahli-ahli tidak dibenarkan menggunakan atau dengan sengaja mendaftarkan nama perniagaan, cap dagang, logo dan nama perkhidmatan, nama produk, nama syarikat atau nama terbitan MXB INTERNATIONAL sebagai nama laman webnya. Ahli-ahli juga tidak dibenarkan menjual produk MXB INTERNATIONAL di laman web lelong.

2) Laman web berkenaan tidak harus memberi tanggapan salah kepada pengguna bahawa dirinya telah memasuki laman web rasmi MXB INTERNATIONAL.

3) Perkataan “Ahli” hendaklah ditambahkan pada “MXB INTERNATIONAL” atau “Syarikat MXB INTERNATIONAL” yang dijadikan sebagai tajuk laman web, supaya ianya dibaca sebagai “Ahli MXB INTERNATIONAL” atau “Ahli Syarikat MXB INTERNATIONAL”.

4) Laman web ahli hendaklah memaparkan semua cap dagang MXB INTERNATIONAL dengan betul. Sebelum mendirikan laman web, ahli hendaklah mendapatkan kebenaran daripada pihak MXB INTERNATIONAL terlebih dahulu. Ahli bertanggungjawab untuk membuat pemindaan supaya selaras dengan nama syarikat, CIS dan logo MXB INTERNATIONAL yang terbaru.

5) Ahli tidak dibenarkan menggunakan mana-mana CIS MXB INTERNATIONAL, melainkan tertera perkataan “Ahli” atau “Ahli Bebas” di bawah logo CIS.

6) Ahli tidak dibenarkan mengadakan publisiti di internet melalui enjin carian atau ruangan pembelian dalam laman web perniagaan.

7) Ahli tidak dibenarkan mengirim e-mel secara besar-besaran untuk mempromosikan peluang peniagaan atau produk MXB INTERNATIONAL. Ahli MXB INTERNATIONAL hendaklah mematuhi peraturan-peraturan internet berikut yang harus dipatuhi oleh semua warga internet:

  • Tidak dibenarkan muat naik, memapar, menghantar dengan e-mel atau cara lain apa-apa isi kandungan yang melanggar undang-undang, mengancam, mengugut, memaki, mengusik, memutar belit, menfitnah, kasar, lucah, mengganggu keperibadian, membenci, atau berkenaan isu-isu perkauman dan lain-lain kandungan yang tidak senonoh.

  • Tidak dibenarkan mengumpul atau menyimpan maklumat peribadi pengguna yang lain.

  • Tidak dibenarkan muat naik, memapar, menghantar dengan e-mel atau cara lain apa-apa maklumat yang mengandungi virus atau kata-kata rahsia, dokumen atau program untuk memutuskan, merosakkan atau mengehadkan data dalam perisian (software) atau perkakasan (hardware) komputer atau kelengkapan telekomunikasi.

  • Tidak dibenarkan mengganggu atau memutuskan perkhidmatan atau perkhidmatan laman web penyambung, atau tidak mematuhi mana-mana permintaan, prosedur, polisi atau peraturan yang digariskan oleh perkhidmatan penyambung laman web berkenaan.

naik atas
Rangkaian Produk
› i-Charge
› i-Check
› i-Mini
› i-Power
› MAX3 Reborn Cream
› Produk Akan Datang
› Testimoni
› Info Terkini
› Aktiviti
› Galeri
› Promosi
› Hubungi Kami
› Senarai e-Stockist
› Senarai e-Mobile
603-7980 6161   |  603-7980 3535   |operation@mxb2u.com |mxb2u.com |  © 2009, MXB International Holdings Sdn Bhd, All Rights Reserved.  |Peraturan-peraturan Perjanjian Ahli |Polisi & Prosedur