Halaman Utama|Hubungi Kami|Senarai e-Mobile|Ahli Masuk Bahasa Malaysia 
› Syarikat › Produk › Kerjaya › Berita › Hubungi Kami › Muat Turun
Ke Halaman Uatama
Halaman UtamaPolisi & Prosedur


Penyataan Polisi dan Prosedur



Bahagian 1: Pengenalan



1.1 - Pelan Perniagaan & Polisi - membentuk sebahagian daripada Perjanjian Ahli

“Polisi dan Prosedur” yang sedia ada dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat oleh MXB INTERNATIONAL (seterusnya dikenali sebagai “MXB INTERNATIONAL” atau “Pihak Syarikat”) adalah atas pertimbangan mutlaknya. Ia membentuk sebahagian daripada “Perjanjian Ahli MXB INTERNATIONAL”. “Perjanjian” dalam Polisi ini adalah merujuk kepada “Peraturan Perjanjian Ahli MXB INTERNATIONAL”, “Polisi dan Prosedur” ini dan “Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL”. Kesemua dokumen ini membentuk sebahagian daripada Perjanjian Ahli MXB INTERNATIONAL (dalam bentuk sedia ada dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat oleh MXB INTERNATIONAL). Semua ahli bertangggungjawab membaca, memahami, mematuhi dan memastikan dirinya sedia maklum dan beroperasi mengikut versi Polisi dan Prosedur yang paling kemas kini. Semasa menaja atau mendaftarkan ahli baru, adalah menjadi tanggungjawab penaja untuk membekalkan versi Polisi dan Prosedur dan Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL yang paling kemas kini kepada pemohon sebelum menandatangani Perjanjian Ahli.

1.2 - Tujuan Polisi & Prosedur

MMXB INTERNATIONAL memasarkan produknya melalui Ahli Bebas. Adalah penting untuk memahami bahawa kejayaan anda dan kejayaan rakan niaga anda bergantung rapat kepada ketulusan orang-orang yang memasarkan produk kami. Perjanjian ini digariskan untuk mendefinisikan hubungan antara Ahli dan MXB INTERNATIONAL dan mentafsirkan satu set tingkah laku perniagaan yang standard dengan jelas.

Ahli MXB INTERNATIONAL hendaklah mematuhi kesemua Syarat dan Peraturan yang terkandung dalam Perjanjian dan apa-apa pindaan yang mungkin dibuat oleh MXB INTERNATIONAL atas pertimbangan mutlaknya dari masa ke masa, dan juga undang-undang persekutuan, negara, daerah, wilayah dan tempatan yang mengawal perniagaan MXB INTERNATIONAL dan tingkah lakunya. Anda mungkin kurang biasa dengan kesemua amalan yang standard ini, jadi adalah penting bagi anda untuk membaca dan mematuhi Perjanjian ini. Sila kaji dengan teliti semua informasi dalam buku panduan ini. Ia menjelaskan dan menentukan hubungan anda, selaku ahli bebas dengan pihak Syarikat. Sila dapatkan bantuan daripada Penaja anda atau MXB INTERNATIONAL sekiranya anda mempunyai apa-apa persoalan mengenai mana-mana satu polisi atau peraturan.

1.3 - Pindaan pada Perjanjian

Atas sebab undang-undang persekutuan, negara, daerah, wilayah dan tempatan, dan juga suasana perniagaan yang mungkin berubah dari masa ke masa, MXB INTERNATIONAL mempunyai hak mutlak untuk meminda Perjanjian dan harganya. Sebaik saja menandatangani Perjanjian Ahli, bermakna seseorang ahli bersetuju untuk mematuhi kesemua pindaan atau perubahan yang diputuskan oleh MXB INTERNATIONAL. Segala pindaan akan berkuatkuasa sebaik saja notis pindaan Perjanjian diberikan kepada semua ahli. Notis pindaan hendaklah disiarkan dalam bahan-bahan media MXB INTERNATIONAL yang rasmi. Pihak Syarikat akan membekalkan semua ahlinya dengan senaskhah notis pindaan yang lengkap melalui salah satu atau beberapa cara berikut: (1) mengumumkan dalam laman web MXB INTERNATIONAL yang rasmi; (2) Mel elektronik (e-mel); (3) faks; (4) disertakan dalam tempahan produk; (5) Pos istimewa. Perlanjutan perniagaan MXB INTERNATIONAL atau penerimaan bonus atau komisen juga membentuk penerimaan seseorang Ahli terhadap mana-mana dan kesemua pindaan berkenaan.

1.4 - Penangguhan

MXB INTERNATIONAL tidak akan bertanggungjawab ke atas penangguhan atau kegagalan dalam melaksanakan kewajibannya disebabkan oleh peristiwa yang di luar kawalannya. Peristiwa tersebut termasuk, tetapi tidak terhad kepada mogok, pertikaian pekerjaan, rusuhan, peperangan, kebakaran, kematian, mala petaka, kesuntukan bekalan dari mana-mana sumber, atau dekri atau perintah yang diberi oleh kerajaan.

1.5 - Kebolehpisahan Polisi dan Peruntukan

Sekiranya mana-mana peruntukan dalam Perjanjian ini (dalam bentuk sedia ada atau yang mungkin dipinda) didapati tidak sah, atau tidak boleh dikuatkuasakan atas apa-apa sebab, maka hanya bahagian yang tidak sah dalam peruntukan tersebut akan dipisahkan, sementara syarat dan peruntukan yang lain tetap sah dan berkuatkuasa dengan sepenuhnya. Ini bermakna peruntukan yang tidak sah atau tidak boleh dikuatkuasakan itu dianggap tidak pernah wujud dalam Perjanjian ini.

1.6 - Pengetepian hak

Pihak Syarikat tidak pernah melepaskan haknya untuk menegaskan kepatuhan terhadap Perjanjian dan mengawal urusan perniagaan dengan undang-undang. Kegagalan MXB INTERNATIONAL dalam mempraktikkan mana-mana haknya di bawah Perjanjian atau menegaskan kepatuhan seseorang Ahli terhadap kesemua tanggungjawab atau peruntukan dalam Perjanjian, dan amalan mana-mana pihak yang bercanggah dengan peraturan-peraturan Perjanjian, tidak harus membentuk pengetepian hak MXB INTERNATIONAL dalam menegaskan kepatuhan terhadap Perjanjian. Pengetepian hak hanya akan berkuatkuasa dengan surat bertulis daripada pegawai yang diberi kuasa oleh pihak Syarikat. Pengetepian hak terhadap mana-mana Ahli yang melanggar perjanjian tidak akan mempengaruhi atau melemahkan hak-hak MXB INTERNATIONAL terhadap pelanggaran yang berikutannya, dan juga tidak mempengaruhi hak atau tanggungjawabnya terhadap ahli yang lain. Penangguhan atau kegagalan MXB INTERNATIONAL dalam melaksanakan haknya terhadap mana-mana pelanggaran perjanjian tidak akan mempengaruhi atau melemahkan hak-hak MXB INTERNATIONAL terhadap pelanggaran tersebut atau mana-mana pelanggaran yang timbul berikutannya.

Tuntutan atau tindakan yang diambil oleh Ahli terhadap MXB INTERNATIONAL tidak akan membentuk satu rintangan kepada MXB INTERNATIONAL untuk menguatkuasakan mana-mana syarat atau peruntukan dalam Perjanjian ini.


Bahagian 2: Menjadi Ahli



2.1 - Kelayakan untuk Menjadi Ahli

Pemohon yang ingin menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL hendaklah:
      a) Individu yang cukup umur mengikut undang-undang tempat kediamannya; syarikat, rakan kongsi, atau pemilik tunggal;
      b) Membeli produk MXB INTERNATIONAL;
      c) Kemukakan Perjanjian Ahli yang lengkap kepada MXB INTERNATIONAL (sila rujuk Bahagian 2.2 di bawah); dan Pihak Syarikat berhak mutlak untuk menolak mana-mana permohonan Ahli baru atau pembaharuan.

2.2 - Pendaftaran Ahli Baru

Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL yang baru:
      a) Berikut adalah langkah-langkah untuk memohon menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL yang baru:
      b) Untuk menjadi Ahli baru, pemohon hendaklah diperkenalkan oleh seorang Ahli sedia ada dan membuat pendaftaran dalam talian melalui laman web MXB INTERNATIONAL;
      c) Keahlian hanya akan berkuatkuasa setelah mendapat kelulusan dari pihak Syarikat. ID Ahli dan Kata Laluan akan dihantar kepada pemohon baru melalui e-mel.
      d) Ahli baru dikehendaki menggunakan ID Ahli dan Kata Laluannya di laman web untuk mempromosikan produk dan Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL.

2.3 - Faedah-faedah Menjadi Ahli

Sebaik saja permohonan diterima oleh MXB INTERNATIONAL, Ahli baru dapat menikmati faedah-faedah yang dinyatakan dalam Pelan Perniagaan dan Perjanjian Ahli, antaranya termasuk:
      a) Menyertai Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL (perolehi bonus dan komisen, sekiranya layak);
      b) Menaja individu yang lain menjadi Ahli dan menyertai Perniagaan MXB INTERNATIONAL, seterusnya membina sebuah organisasi dan terus maju dengan mengusahakan Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL;
      c) Mengikuti sokongan, perkhidmatan, latihan, majlis motivasi dan penganugerahan yang ditaja MXB INTERNATIONAL, dengan bayaran yang munasabah, jika berkenaan.


Bahagian 3: Mengusahakan Perniagaan MXB INTERNATIONAL anda



3.1 - Kepatuhan kepada Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL

Ahli-ahli mesti mematuhi syarat-syarat Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL yang termaktud dalam bahan-bahan bertulis MXB INTERNATIONAL yang sah. Ahli-ahli tidak dibenarkan menawarkan peluang peniagaan MXB INTERNATIONAL melalui, atau bergabung dengan sistem, rancangan atau teknik pemasaran yang berlainan. Ahli-ahli tidak dibenarkan meminta atau menggalakkan bakal Pelanggan dan Ahli atau Pelanggan dan Ahli yang sedia ada supaya menyertai MXB INTERNATIONAL melalui cara-cara yang berlainan daripada rancangan yang termaktud dalam bahan-bahan bertulis MXB INTERNATIONAL. Ahli-ahli tidak dibenarkan meminta atau menggalakkan bakal Pelanggan dan Ahli atau Pelanggan dan Ahli yang sedia ada supaya menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL dengan menandatangani perjanjian yang berlainan daripada perjanjian MXB INTERNATIONAL yang sah. Ahli-ahli juga tidak dibenarkan meminta atau menggalakkan bakal Pelanggan dan Ahli atau Pelanggan dan Ahli yang sedia ada supaya membuat pembelian daripada, atau membuat pembayaran kepada mana-mana individu atau entiti yang lain bagi menyertai Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL dengan cara pembelian atau pembayaran yang berlainan daripada dicadangkan atau dinyatakan dalam bahan-bahan bertulis MXB INTERNATIONAL yang sah.

3.2 - Pengiklanan & Promosi

3.2.1 Peraturan Am

Semua ahli hendaklah melindungi dan meningkatkan nama baik MXB INTERNATIONAL dan produknya. Tindakan untuk memasarkan dan mempromosikan MXB INTERNATIONAL, peluang pekerjaan MXB INTERNATIONAL, Pelan Perniagaan dan produk MXB INTERNATIONAL hendaklah selaras dengan kepentingan awam, dan mengelakkan sebarang tingkah laku atau amalan yang tidak bersopan, menipu, mengelirukan, tidak beretika atau tidak bermoral.

MXB INTERNATIONAL mereka cipta produk, label produk, Pelan Perniagaan dan bahan-bahan promosi dengan teliti untuk memastikan setiap aspek MXB INTERNATIONAL adalah adil, benar, berasas dan mematuhi undang-undang dan kod tingkah laku yang bersesuaian. Untuk tujuan memperkembangkan produk dan peluang perniagaan MXB INTERNATIONAL, ahli-ahli hendaklah mengemukakan kesemua bahan bertulis, iklan, alat bantuan jualan, latihan dan laman web yang ingin digunakan kepada MXB INTERNATIONAL. Bahan-bahan berkenaan tidak boleh digunakan sebelum mendapat kelulusan bertulis daripada pihak Syarikat.

3.2.2 Nama Laman Web dan Alamat E-mel

Ahli-ahli tidak dibenarkan menggunakan atau dengan sengaja mendaftarkan mana-mana jenama, tanda dagang, jenama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, jenama produk dan nama Syarikat MXB INTERNATIONAL, atau apa-apa terbitannya sebagai nama laman webnya. Ahli-ahli juga tidak dibenarkan menjadikan atau dengan sengaja menjadikan mana-mana jenama, tanda dagang, jenama perkhidmatan, tanda perkhidmatan, jenama produk dan nama Syarikat MXB INTERNATIONAL, atau apa-apa terbitannya sebagai alamat e-melnya.

3.2.3 Tanda dagang dan hak cipta

MXB INTERNATIONAL tidak membenarkan sesiapa, termasuk Ahli MXB INTERNATIONAL menggunakan jenama, tanda dagang, reka cipta atau simbolnya, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak Syarikat. Ahli tidak dibenarkan menyalin mana-mana rakaman aktiviti dan ceramah Syarikat untuk dijual atau diedar sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada MXB INTERNATIONAL. Ahli juga tidak dibenarkan menyalin semula, menjual atau mengedarkan mana-mana rakaman persembahan audio atau pita video Syarikat.

Jenama MXB INTERNATIONAL dan jenama lain yang mungkin diambil oleh MXB INTERNATIONAL adalah jenama, tanda dagang dan jenama perkhidmatan yang dimiliki MXB INTERNATIONAL. Oleh itu, tanda-tanda berkenaan adalah amat bernilai bagi MXB INTERNATIONAL, hanya Ahli yang mendapat kebenaran bertulis dibenarkan menggunakan tanda-tanda berkenaan.

Semua Ahli boleh masukkan perkataan “Ahli Bebas MXB INTERNATIONAL” di bawah namanya dalam direktori telefon. Ahli tidak dibenarkan memaparkan nama atau logo MXB INTERNATIONAL pada iklan yang tersiar dalam direktori telefon. Ahli tidak dibenarkan menjawab panggilan dengan berkata “MXB INTERNATIONAL, “Syarikat MXB INTERNATIONAL” atau dengan apa-apa cara yang boleh menyebabkan pemanggil mempercayai bahawa panggilannya telah disambungkan ke pejabat MXB INTERNATIONAL.

3.2.4 Media dan Pertanyaan Media

Ahli tidak dibenarkan cuba membalas pertanyaan media mengenai MXB INTERNATIONAL, produk atau perniagaan MXB INTERNATIONAL. Pertanyaan dari apa jua jenis media hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pemasaran MXB INTERNATIONAL dengan segera. Polisi ini bertujuan untuk memastikan penyampaian informasi yang tepat dan selaras kepada umum, dan juga untuk mendirikan imej Syarikat yang baik.

3.2.5 E-mel dan Faks Yang Tidak Diminta

Melainkan yang dinyatakan dalam bahagian ini, ahli tidak dibenarkan menggunakan atau menghantar faks yang tidak diminta, menghantar e-mel yang tidak diminta secara besar-besaran, mengenai perniagaan MXB INTERNATIONAL mereka. Istilah “faks dan e-mel yang tidak diminta” bermaksud menghantar faks atau e-mel dengan tujuan mengiklankan atau mempromosikan MXB INTERNATIONAL, produk, pelan perniagaan atau mana-mana aspek mengenai pihak Syarikat kepada sesiapa melalui faks atau e-mel, melainkan faks atau e-mel yang dihantarkan: a) kepada seseorang yang telah memberi kebenaran terlebih dahulu; atau b) kepada seseorang yang mana Ahli telah menjalinkan hubungan perniagaan atau peribadi dengannya. Istilah “menjalinkan hubungan perniagaan atau peribadi” bermaksud hubungan antara Ahli dengan seseorang telah dibentuk secara sukareka dan melalui komunikasi dua hala terlebih dahulu dengan berasaskan: a) pertanyaan, permohonan, pembelian atau urus niaga yang dibuat oleh seseorang terhadap produk yang ditawarkan oleh Ahli berkenaan; atau b) hubungan peribadi atau keluarga, yang mana hubungan tersebut masih tidak diputuskan oleh mana-mana satu pihak.

3.3 - Dilarang Memperolehi Bonus Dengan Cara Yang Salah

Semua ahli dilarang memperolehi bonus dengan cara yang salah, antaranya termasuk: a) mendaftarkan individu atau entiti tanpa pengetahuan individu atau entiti dan/atau Perjanjian Ahli tidak ditandatangani oleh individu atau entiti yang berkenaan; b) mendaftar seseorang individu atau entiti sebagai Ahli dengan cara menipu; c) mendaftar atau cuba mendaftar seseorang individu atau entiti yang tidak wujud sebagai Ahli (“Ahli Hantu”); atau d) membeli barangan MXB INTERNATIONAL bagi pihak ahli yang lain, atau dengan ID Ahli yang lain, supaya melayakkan diri untuk menikmati komisen atau bonus.

3.4 - Penyataan dan Tindakan yang Tidak Diberi Kuasa

3.4.1 Indemnifikasi

Ahli hendaklah bertanggungjawab sepenuhnya ke atas penyataan lisan dan bertulis yang dibuatnya terhadap produk dan Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL yang tidak terkandung secara nyata dalam bahan-bahan bertulis MXB INTERNATIONAL yang sah. Ahli bersetuju untuk melindungi MXB INTERNATIONAL dan pengarah, pegawai, pekerja dan ejen MXB INTERNATIONAL, dan mengelakkan mereka daripada mengalami sebarang kerosakan dan liabiliti yang dikenakan pada MXB INTERNATIONAL akibat perwakilan atau tindakan Ahli yang tidak diberi kuasa, antaranya termasuk keputusan mahkamah, hukuman sivil, pengembalian wang, bayaran peguam, kos perbicaraan atau kerugian. Peruntukan ini tetap sah selepas Perjanjian Ahli ditamatkan.

3.4.2 Penyataan Produk

Tiada apa-apa penyataan (termasuk pengakuan peribadi) mengenai kelebihan mana-mana produk MXB INTERNATIONAL boleh dibuat, melainkan yang terkandung dalam bahan-bahan bertulis MXB INTERNATIONAL yang sah.

3.5 - Tidak cukup umur

Sesiapa yang dianggap tidak cukup umur dalam negara kediamannya tidak layak menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL. Ahli tidak dibenarkan mendaftar atau mengambil masuk seseorang yang tidak cukup umur supaya menyertai rancangan MXB INTERNATIONAL.

3.6 - Dilarang membungkus semula dan melabel semula

Ahli tidak dibenarkan membungkus semula, melabel semula, mengisi semula atau mengubah label pada mana-mana produk, informasi, bahan bertulis atau program MXB INTERNATIONAL dengan apa jua cara. Produk MXB INTERNATIONAL hanya dibenarkan dijual dalam bekas asalnya. Pelabelan atau pembungkusan semula mungkin akan melanggar undang-undang persekutuan dan negara, seterusnya mengakibatkan hukuman jenayah yang serius. Anda harus mempunyai kesedaran bahawa liabiliti sivil mungkin dikenakan sekiranya seseorang mengalami apa-apa kecederaan atau kerosakan harta benda akibat penggunaan produk yang dibungkus dan dilabel semula.

3.7 - Penajaan

Semua ahli yang aktif dan bereputasi baik berhak untuk menaja dan mendaftar orang lain menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL.

3.8 - Pewarisan

Jika seseorang ahli meninggal dunia atau menjadi tidak berupaya, perniagaannya akan diturunkan kepada pewarisnya. Dokumen-dokumen yang sah hendaklah dikemukakan kepada pihak Syarikat untuk memastikan pemindahan yang sesuai. Ahli berkenaan boleh mendapatkan bantuan peguam untuk menyediakan surat wasiat atau dokumen formal berkenaan wasiat. Apabila perniagaan MXB INTERNATIONAL dipindah milik berdasarkan surat wasiat atau dokumen formal yang lain, pewaris yang memenuhi syarat-syarat berikut berhak untuk menerima kesemua bonus dan komisen yang diperolehi dari organisasi Ahli yang sudah meninggal dunia. Pewaris dikehendaki:
      a) Menandatangani Perjanjian Ahli;
      b) Mematuhi syarat dan peruntukan dalam Perjanjian; dan
      c) Memenuhi kelayakan bagi kedudukan Ahli yang sudah meninggal dunia.

3.8.1 Pemindahan akibat kematian Ahli

Untuk menguatkuasakan pemindahan perniagaan MXB INTERNATIONAL berdasarkan wasiat, pewaris dikehendaki mengemukakan dokumen berikut kepada MXB INTERNATIONAL: 1) Sijil kematian yang asal; 2) Salinan surat wasiat atau dokumen formal lain yang disahkan benar untuk mengesahkan pewaris berhak untuk mewarisi perniagaan MXB INTERNATIONAL; dan 3) Perjanjian Ahli yang lengkap dan sudah ditandatangani.

3.8.2 Pemindahan akibat ketidakupayaan Ahli

Untuk menguatkuasakan pemindahan perniagaan MXB INTERNATIONAL yang berpunca daripada ketidakupayaan, pewaris dikehendaki mengemukakan dokumen berikut kepada MXB INTERNATIONAL: 1) Salinan surat perlantikan sebagai pengamanah yang telah disahkan benar; 2) Salinan surat amanah atau dokumen formal lain yang mengesahkan pengamanah berhak untuk mengurus perniagaan MXB INTERNATIONAL; dan 3) Perjanjian Ahli yang lengkap dan sudah ditandatangani oleh pengamanah.


Bahagian 4: Tanggungjawab ahli



4.1 - Pertukaran alamat atau nombor telefon

Untuk memastikan penghantaran produk dan bahan-bahan sokongan tepat pada masa, adalah penting untuk mengemaskinikan data MXB INTERNATIONAL. Alamat penuh premis diperlukan kerana penghantaran UPS tidak dapat dibuat ke peti surat. Ahli yang merancang untuk berpindah rumah hendaklah mengemukakan alamat dan nombor telefon barunya kepada Bahagian Perkhidmatan Ahli MXB INTERNATIONAL. Untuk memastikan penghantaran yang tepat, notis pertukaran hendaklah dibuat 2 minggu terlebih dahulu kepada MXB INTERNATIONAL.

4.2 - Kewajipan untuk Perkembangan yang kesinambungan

4.2.1 Latihan yang berterusan

Ahli yang menaja orang lain menjadi Ahli MXB INTERNATIONAL hendaklah memberi bantuan dan latihan yang sepenuhnya kepadanya untuk memastikan Downlinenya (barisan bawahan) mengusahakan perniagaan MXB INTERNATIONAL dengan betul. Ahli hendaklah menjalinkan hubungan dan komunikasi yang berterusan dengan semua Downline dalam Organisasinya. Ahli Upline juga bertanggungjawab untuk memberi motivasi dan latihan kepada Ahli baru tentang pengetahuan produk, teknik menjual yang cekap dan berkesan, Pelan Perniagaan MXB INTERNATIONAL dan kepatuhan kepada Polisi dan Prosedur Syarikat.

Ahli mesti mengawal semua ahli dalam Organisasinya demi memastikan Ahli Downline tidak membuat penyataan terhadap produk atau perniagaan yang salah, atau melibatkan diri dalam tingkah laku yang haram atau salah. Apabila diminta, ahli hendaklah mengemukakan dokumen yang sah kepada MXB INTERNATIONAL untuk membuktikan dirinya telah memenuhi tanggungjawab penaja secara berterusan dan dengan sepenuhnya.


Bahagian 5: Bonus



5.1 - Kelayakan

Ahli hendaklah aktif dan mematuhi Perjanjian supaya layak untuk menikmati bonus. Selagi seorang Ahli memenuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian, MXB INTERNATIONAL akan membayar bonus kepada Ahli tersebut berdasarkan Pelan Perniagaan. Jumlah pengeluaran yang minimum ialah 100 E-Tunai.

5.2 - Penyelarasan ke atas Bonus

5.2.1 Penyelarasan ke atas pengembalian produk

Bonus yang diterima oleh Ahli adalah berdasarkan jumlah jualan produk kepada pengguna. Sekiranya sesuatu produk dikembalikan kepada MXB INTERNATIONAL untuk pengembalian wang atau produk dibeli semula oleh pihak Syarikat, bonus yang telah diberikan ke atas produk pengembalian atau pembelian semula akan ditolak daripada akaun Ahli yang menerima bonus ke atas jualan produk tersebut. Penolakan akan dibuat pada bulan wang dikembalikan, dan diteruskan pada setiap tempoh bayaran yang berikutan sehingga bonus tersebut ditolak balik dengan sepenuhnya.


Bahagian 6: Jaminan Produk, Pengembalian Produk dan Pembelian Semula Stok



6.1 - Jaminan produk

MXB INTERNATIONAL hanya menawarkan produk yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada pelanggannya. Pihak Syarikat memberi jaminan penggantian ke atas produk yang berkualiti rendah atau mempunyai kecacatan. Namun, jaminan ini tidak termasuk kerosakan atau pencemaran yang disebabkan oleh tamat tempoh penggunaan, kecuaian atau disengajakan.

6.2 - Pengembalian Produk

Untuk mana-mana kes ketidakpuashatian, kecacatan akibat pengeluaran atau pembungkusan, Ahli boleh mengembalikan/menukarkan produk kepada Ahli yang menjual produk tersebut kepadanya, dalam masa 10 hari dari tarikh pembelian (ditolak kos penghantaran dan 10% caj pemprosesan). Mereka hendaklah memberi alasan yang munasabah dan mengembalikan produk berkenaan kepada Ahli yang menjual produk kepadanya.

Kemudiannya, Ahli berkenaan boleh mengembalikan produk tersebut kepada pihak Syarikat dan menukarkan produk yang sama, dalam masa 30 hari dari tarikh penempahan. Produk yang dikembalikan hendaklah berkeadaan baik, boleh diguna semula, boleh dijual semula, boleh disimpan semula, belum dibuka, tidak dipinda dan belum tamat tempoh penggunaan. Semasa membuat pengembalian produk, Ahli hendaklah melampirkan:
      • Sebabnya
      • Produk yang dikembalikan

6.3 - Polisi Pembelian Semula

MXB INTERNATIONAL menyediakan Polisi Pembelian Semula kepada Ahli yang ingin menamatkan keahlian mereka dan mengembalikan mana-mana produk MXB INTERNATIONAL yang dibelinya dalam masa 30 hari dari tarikh perletakan jawatan. Produk berkenaan harus berkeadaan baik, boleh diguna semula, boleh dijual semula, boleh disimpan semula, belum dibuka, tidak dipinda dan belum tamat tempoh penggunaannya.

Jika diluluskan, jumlah pengembalian adalah bersamaan dengan kos produk yang dikembalikan, setelah menolak jumlah bonus yang dibayar ke atas pembelian asalnya dan 10% caj perkhidmatan pada Harga Ahli sebagai kos pengurusan dan penghantaran.

Polisi Pembelian Semula ini bertujuan untuk mengingatkan penaja dan pihak Syarikat mengenai tanggungjawabnya untuk memastikan Ahlinya membeli produk dengan bijak.

6.4 - Prosedur Pengembalian

Semua pengembalian produk untuk pengembalian wang, pembelian semula atau penukaran hendaklah mengikut prosedur berikut:
      a) Semua barangan hendaklah dikembalikan oleh Ahli yang membeli secara langsung dari MXB INTERNATIONAL.
      b) Pengembalian hendaklah dilampirkan bersama:
            • Resit/bil asal yang menyatakan tarikh penghantaran; dan
            • Bahagian produk yang belum digunakan dalam bekas asalnya.
      c) Produk yang dikembalikan untuk penggantian hendaklah dibungkus dengan baik dalam kotak dan bahan pembungkusan yang sesuai, dan dicadangkan dihantar dengan cara yang paling baik dan menjimatkan. Semua produk yang dikembalikan kepada MXB INTERNATIONAL hendaklah dijelaskan bayaran penghantaran terlebih dahulu. MXB INTERNATIONAL tidak akan melayan bayaran yang dibuat sewaktu penerimaan. Risiko kehilangan produk pengembalian semasa penghantaran hendaklah ditanggung oleh Ahli. Sekiranya produk pengembalian tidak diterima oleh pihak Syarikat, adalah menjadi tanggungjawab Ahli untuk mengesan penghantaran tersebut.
      d) Sekiranya Ahli mengembalikan barangan yang diterima daripada pelanggan runcit peribadinya kepada MXB INTERNATIONAL, produk berkenaan hendaklah diterima oleh MXB INTERNATIONAL dalam masa sepuluh (10) hari dari tarikh pelanggan runcit mengembalikan produk kepada Ahli, dan mesti disertai resit jualan yang diberikan oleh Ahli kepada pelanggan semasa urus niaga dijalankan.

Pengembalian wang atau penggantian produk yang tidak menepati syarat-syarat tersebut di atas tidak akan dilayani sama sekali.


Bahagian 7: Penyelesaian perselisihan dan tindakan tatatertib



7.1 - Hukuman Tatatertib

MXB INTERNATIONAL akan mengenakan salah satu atau lebih tindakan pembetulan seperti berikut ke atas Ahli yang melanggar Perjanjian, Polisi dan Prosedur, atau terlibat dalam kelakuan yang salah, menipu, mengelirukan atau tidak beretika:
      a) Pengeluaran surat amaran bertulis atau teguran;
      b) Meminta Ahli berkenaan mengambil tindakan pembetulan dengan segera;
      c) Kenakan denda dan menyebabkan bonusnya ditahan;
      d) Kehilangan kelayakan untuk menikmati satu atau lebih bonus;
      e) Sepanjang tempoh penyiasatan ke atas pelanggaran Perjanjian dijalankan, MXB INTERNATIONAL akan menahan kesemua bonus Ahli berkenaan. Sekiranya perniagaan seseorang Ahli dibatalkan atas tindakan tatatertib, Ahli berkenaan tidak layak untuk mendapat balik bonus yang ditahan dalam tempoh penyiasatan;
      f) Penggantungan Perjanjian Ahli berkenaan untuk satu atau lebih tempoh bayaran;
      g) Penamatan Perjanjian Ahli yang bersalah secara tidak sukarela/paksaan;
      h) Tindakan lain yang ternyata dalam mana-mana peruntukan dalam Perjanjian atau tindakan yang setimpal dan sesuai dikenakan atas pertimbangan MXB INTERNATIONAL untuk menyelesaikan kerosakan yang berpunca daripada pelanggaran polisi atau perjanjian yang dilakukan oleh Ahli berkenaan.
      i) Dalam keadaan yang difikirkan sesuai oleh MXB INTERNATIONAL, pihak Syarikat boleh memulakan tindakan undang-undang untuk mendapatkan gantian kewangan dan/atau ganti rugi yang setimpal.

7.2 - Ketidakpuashatian dan Aduan

Sekiranya seseorang Ahli berasa kurang puas hati terhadap amalan atau tingkah laku Ahli lain semasa menjalankan perniagaan MXB INTERNATIONAL, Ahli yang mengadu hendaklah melaporkan masalah berkenaan kepada Penajanya terlebih dahulu. Penaja hendaklah menyiasat perkara tersebut dan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan penaja Upline pihak yang lain. Sekiranya masih gagal diselesaikan, maka haruslah membuat laporan bertulis kepada pihak Syarikat. Pihak Syarikat akan mengkaji semula fakta-fakta bekenaan dan cuba menyelesaikan masalah tersebut.


Bahagian 8: Tempahan



8.1 - Membeli Produk MXB INTERNATIONAL

Ahli-ahli hendaklah membeli produk secara langsung daripada MXB INTERNATIONAL atau penajanya.

8.2 - Penghantaran dan Polisi Tempahan Dipertangguhkan

MXB INTERNATIONAL lazimnya akan menghantarkan produk dalam masa 10 hari bekerja dari tarikh tempahan diterima. MXB INTERNATIONAL akan menghantarkan produk yang sedia ada stok dengan segera. Namun demikian, sekiranya produk yang ditempah telah kehabisan stok, ianya akan ditempatkan sebagai Tempahan Dipertangguhkan dan akan dihantar sebaik sahaja MXB INTERNATIONAL menerima stok tambahan. MXB INTERNATIONAL akan memberitahu Ahli bahawa produk yang ditempahnya telah dipertangguhkan dan dijangka tidak dapat dihantar dalam masa 30 hari dari tarikh tempahan dibuat.

8.3 - Pengesahan Tempahan

Ahli dan/atau penerima sesuatu tempahan hendaklah mengesahkan bahawa produk yang diterima sepadan dengan yang disenaraikan dalam invois penghantaran dan dalam keadaan yang baik. Kegagalan untuk melaporkan apa-apa perbezaan atau kerosakan kepada MXB INTERNATIONAL dalam masa 30 hari akan menyebabkan seseorang Ahli kehilangan haknya untuk membuat pembetulan.


Bahagian 9: Ketidakaktifan dan Pembatalan



9.1 - Kesan daripada Pembatalan Keahlian

Selagi Ahli kekal aktif dan mematuhi syarat-syarat yang terkandung dalam Perjanjian Ahli dan Polisi dan Prosedur, MXB INTERNATIONAL akan membayar bonus kepada Ahli berkenaan berdasarkan Pelan Perniagaan. Bonus yang diterima oleh seseorang Ahli sebenarnya menggambarkan ganjaran ke atas usaha seseorang Ahli untuk mengumpulkan jualan dan bergiat dalam aktiviti yang mengumpulkan jualan (termasuk membina organisasinya). Berikutan daripada tindakan tidak membaharui Perjanjian Ahli, keahlian dibatalkan kerana ketidakaktifan, ataupun pembatalan Perjanjian Ahli secara sukarela atau tidak sukarela (kesemua cara ini dikategorikan sebagai “Pembatalan”), bekas Ahli akan kehilangan kelayakannya untuk menikmati hak, gelaran, tuntutan atau faedah daripada organisasi yang diusahakannya, ataupun apa-apa bonus daripada jualan yang dikumpulkan oleh organisasi tersebut.

9.2 - Pembatalan Secara Tidak Sukarela

Ahli yang melanggar mana-mana peraturan yang terkandung dalam Perjanjian, termasuk mana-mana pindaan yang mungkin dibuat oleh MXB INTERNATIONAL atas pertimbangan mutlaknya, boleh menyebabkan dirinya dikenakan tindakan tatatertib seperti yang disenaraikan dalam 7.1, termasuk pembatalan Perjanjian Ahlinya secara tidak sukarela. Pembatalan tersebut akan mula berkuatkuasa pada tarikh notis bertulis dikirim, difaks atau dihantar dengan pos laju kepada alamat terakhir Ahli berkenaan (atau nombor faks), atau kepada peguamnya, ataupun apabila Ahli berkenaan menerima notis pembatalan yang sebenarnya, bergantung kepada yang mana diterima terlebih dahulu.

9.3 - Pembatalan Secara Sukarela

Ahli yang menyertai pelan perniagaan internet ini berhak untuk membatalkan keahliannya pada bila-bila masa, tanpa mengendahkan alasannya. Pembatalan boleh dikemukakan kepada pihak Syarikat melalui surat atau e-mel. ID Ahli dan Nama Ahli hendaklah dicatatkan dalam notis pembatalan tersebut.

naik atas
Rangkaian Produk
› i-Charge
› i-Check
› i-Mini
› i-Power
› MAX3 Reborn Cream
› Produk Akan Datang
› Testimoni
› Info Terkini
› Aktiviti
› Galeri
› Promosi
› Hubungi Kami
› Senarai e-Stockist
› Senarai e-Mobile
603-7980 6161   |  603-7980 3535   |operation@mxb2u.com |mxb2u.com |  © 2009, MXB International Holdings Sdn Bhd, All Rights Reserved.  |Peraturan-peraturan Perjanjian Ahli |Polisi & Prosedur