Halaman Utama › Usahawan › Kisah Kejayaan Pengasas Syarikat
Kisah Kejayaan Pengasas Syarikat
Kisah Kejayaan Pengasas Syarikat, En Vincent Tan
Ramai pemandu kereta hanya tahu bahawa pergerakan enjin dan penggunaan petrol adalah penting untuk kenderaan. Namun, tahukah anda, kuasa voltan juga penting untuk pergerakan kereta?
Sebagai alat pengangkutan harian kita, sistem litar elektrik dalam kereta kita bagaikan sistem saraf dan urat nadi dalam tubuh badan kita. Sekiranya sistem litar elektrik itu usang, ia bukan saja semakin menghaus petrol kereta, penekan petrol menjadi bermasalah, kadar penghidupan enjin menjadi rendah, malah penukaran gear kereta juga tidak lancar. Kesemua masalah ini mungkin akan berlaku hanya kerana satu kecacatan kecil yang timbul dalam sistem litar elektrik kereta.
Sebenarnya, masalah-masalah kereta yang rumit ini mudah ditangani saja.
MXB International Holdings Sdn Bhd telah berjaya melancarkan sejenis pemantap voltan yang unik, i-CHARGE, untuk membaiki kestabilan sistem litar elektrik kereta. Apabila i-CHARGE dipasang, kereta anda akan dikawal sempurna kerana ia berupaya mengatasi semua masalah kecil yang disebabkan oleh ketidakstabilan kuasa voltan. Satu lagi kelebihannya, cara pemasangan i-CHARGE ini amat mudah. Ia akan beroperasi apabila anda menyambungkannya kepada suis pencucuh, tanpa memasang sebarang alat-alat kelengkapan pada tangki petrol yang mungkin merosakkan kereta anda.
Keikhlasan Memenangi Pengiktirafan Ejen Sedunia
En Vincent Tan, Presiden MXB boleh dikatakan seorang tokoh kenamaan yang terkenal di dalam industri MLM Malaysia. Pada 19 tahun yang lalu, beliau telah memenangi Anugerah MLM Diamond. Dalam masa berpuluh-puluh tahun ini, beliau bekerja bertungkus-lumus untuk membina kerjaya MLM, malah terus berusaha gigih di dalam bidang MLM tanpa sebarang rungutan.
Pada tahun 2007, beliau menjumpai sejenis pemantap voltan yang menyerupai saiz cakera keras bergerak, yang dikenali sebagai “arus berlawanan” di Taiwan. “Saya mengetahui bahawa setelah kereta dipasang kelengkapan ini, kuasa motor kereta akan cepat meningkat, boleh memecut dan bergerak lancar, malah kelengkapan elektronik kereta yang lain, seperti sistem audio, penghawa dingin dan lampu besar kereta juga akan meningkat serta-merta!” Dalam pada itu, beliau berbisik pada hatinya, “mengapa tidak saya yang memperkenalkan produk baik ini kepada para pengguna kereta di Malaysia?” Dengan harapan tinggi, beliau pun berikhtiar dan berusaha untuk menghubungi pengeluar i-CHARGE di Jepun, namun usaha beliau gagal.
Rupa-rupanya, pencipta dan pengeluar i-CHARGE ialah sebuah syarikat Jepun yang berpengalaman lebih 40 tahun di dalam industri pengubahsuaian kereta. Mereka bukan saja mengubah suai kereta lumba untuk Perlumbaan Formula 1, malah memulihkan dan membaiki pelbagi jenis kereta yang berjenama. Lagipun, Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan mereka menggunakan teknik penghasilan kereta yang cukup mahir, sehingga berjaya menghasilkan lebih daripada 30,000 jenis produk yang dihakpatenkan dan muncul sebagai pengeluar kereta yang berkewibawa dan terbilang di dunia. Semua keretanya adalah jenis yang mesra alam sekitar dan menjimatkan tenaga.
Memandangkan pengeluar i-CHARGE ialah sebuah syarikat Jepun yang ternama, maka tidak hairan jika pihak pengeluar kereta Jepun tidak menaruh minat untuk bekerjasama dengan syarikat kecil seperti syarikat En Vincent Tan. Dalam pada itu, dia berbisik pada hatinya, “Dalam cerita “In the Romance of the Three Kingdoms”, Liu Bei pun terpaksa mengunjungi rumah Zhu Ge Liang untuk 3 kali baru berjaya memujuk dan mengundang beliau selaku penasihat peribadinya, apa salahnya kalau saya mengunjungi syarikat Jepun buat beberapa kali lagi?” Tanpa rasa putus asa dan mengira jarak jauhnya, beliau terus pergi ke Jepun untuk berjumpa dengan pengeluar i-CHARGE untuk beberapa kali. “Ada sekali, saya nekad pergi ke Jepun biarpun sudah jatuh sakit dan kena tukar penerbangan dan kereta buat beberapa kali, sehingga nyaris jatuh pengsan di depan pintu syarikat tersebut.” Tapi akhirnya, kegigihan dan ketabahan hati beliau telah mengharukan pihak CEO syarikat itu kerana beliau telah bersetuju untuk menjual 500 unit i-CHARGE kepada En Vincent Tan terdahulu, lalu berkata, “ jumpa saya lagi selepas awak habis jualkan kesemua 500 unit dalam tahun ini.”
“Tak sangka saya pula dapat habis jualkan kesemua 500 unit itu dalam masa seminggu saja. Selepas itu, saya terus menempah 5,000 unit daripada pihak pengeluar.” CEO Jepun itu rasa begitu terperanjat, lalu bertanya beliau, apakah dia menghadiahkan produk itu kepada seseorang atau betul-betul menjualkannya? “Tak sangka tidak sampai sebulan, saya berjaya habis menjualkan 5,000 unit lagi!” Kali ini, CEO Jepun itu rasa terkagum sekali, lantas bertanya saya, mana satu negara yang saya nak pohon hak jualan untuk i-CHARGE ini?” Saya jawab, sekadar Indonesia, Malaysia dan Thailand sudah memadai.” Tanpa disangka, apabila mereka menyerahkan Surat Akujanji itu kepada En Vincent Tan, beliau juga terpegun seketika selepas meneliti kandungannya. Rupa-rupanya, mereka memberi hak jualan ejen sedunia kepada beliau! CEO Jepun memberitahu beliau, “memang ada ramai ejen yang datang berbincang dengan saya mengenai hak jualan ejen sedunia ini, tapi mereka hanya pandai bercakap besar dan berangan-angan tinggi. Cara perniagaan awak adalah sangat praktikal dan boleh dipercayai.”
Teknologi Canggih Mendorong Kuasa Motor Meningkat
Apabila MXB melancarkan penjualan i-CHARGE di Malaysia, ia memang mendapat sambutan hangat daripada pasaran domestik, kira-kira 1,000 unit dalam masa sebulan! Begitu juga dengan pasaran di Indonesia dan Thailand. Mungkin anda akan rasa musykil, apa jenis keghaiban yang ada pada i-CHARGE sehingga ia boleh muncul sebagai produk yang paling laris di pasaran kereta dalam masa singkat ini?
Beliau mengulaskan, “demi menjimatkan lebih petrol dan memelihara alam sekitar, para pengeluar telah pun menciptakan sistem injeksi minyak yang beroperasi seperti otak manusia. Ia meliputi pelbagai jenis alatan elektronik yang akan dikawal oleh arus elektrik.” Apabila penggunaan arus elektrik kereta bertambah, misalnya memasang lampu besar, penghawa dingin dan hi-fi, maka muatan kerja elektrik akan menjadi melampau tinggi dan perlu bergantung kepada lebih bekalan arus elektrik daripada motor. Dalam pada itu, bekalan arus elektrik yang disalurkan kepada kelengkapan elektronik akan menjadi berkurangan dan menyebabkan cahaya lampu besar kereta menjadi kelam, malah melambatkan pergerakan kereta dan menjadi bergegar.
“i-CHARGE meliputi 3 sistem, iaitu, Sistem Pemantap Voltan, Sistem Doktor Bateri dan Sistem Pengurangan Gangguan”. Sekiranya penggunaan elektrik dan muatan kerja elektrik meningkat, maka i-CHARGE akan membekalkan lebih banyak arus elektrik sehingga menstabilkan voltan secara berkesan. Dengan itu, segala kelengkapan elektronik kereta akan beroperasi dengan lebih stabil dan cekap. Selain itu, Sistem Pengurangan Gangguan yang terkandung di dalam i-CHARGE juga berfungsi untuk mengurangkan gangguan bunyi bising yang dihasilkan oleh komponen elektronik kereta, malah berperanan untuk menapiskan semua isyarat bunyi bising dan membolehkan kereta beroperasi dalam keadaan yang berisyarat bunyi rendah, supaya pemindahan isyarat di antara reseptor dan reflektor dalam kereta boleh berlaku dengan lebih tepat dan berkesan.
Beliau berpendapat bahawa, “masalah kereta bagaikan masalah kesihatan badan kita juga. Kita perlu menguatkan kesihatan badan selalu sebelum ia dijangkiti penyakit. Sebab itu, penggunaan i-CHARGE bukan saja bermanfaat untuk kereta yang bermasalah, malah boleh meningkatkan kecekapan kelengkapan elektronik secara keseluruhannya.
- Mengurangkan bebanan kerja alat-alat kelengkapan eletronik, membersihkan dan menstabilkan
ghl
h
bekalan arus elektrik.
- Kuasa motor boleh meningkat sebanyak 3-12 hp, kadar pecutan meningkat dan bergerak lancar, gerak
gbalas “kick-down” dan penekan petrol cepat, tork enjin menjadi lebih berkuasa.
- Meningkatkan kadar penyalaan pencucuh palam supaya lebih menjimatkan petrol dan pembakaran
h jkbahan api secara berkesan.
- Pergerakan enjin stabil, penukaran gear menjadi lebih lancar dan seterusnya mempertingkatkan
fghg
gtahap kepekaan pecutan kereta.
- Kecekapan enjin dapat membantu mengurangkan pencemaran udara daripada berlaku kerana
fghfgj
g
pembebasan jumlah bahan buangan hidrokarbon dan karbon monoksida menjadi berkurangan.
- Menstabilkan dan meningkatkan kadar penyalaan lampu besar kereta.
- Penapisan semua isyarat bunyi bising boleh menyebabkan sistem audio dan bunyi hon kereta lebih
jksedap didengari.
- Kuasa voltan bateri kereta menjadi lebih stabil dan boleh memanjangkan jangka hayatnya.
- Berupaya menghilangkan sebarang gangguan gelombang yang dihasilkan oleh motor kereta.
- Meningkatkan kuasa motor supaya kereta dapat dihidupkan dengan lebih mudah.
- Memperbaiki prestasi pendingin hawa apabila ia dipasang.
Mutu Produk Terjamin, Selamat Memandu Tanpa Kerisauan
“i-CHARGE boleh menjadi begitu unik dalam pasaran kerana ia berasaskan “Sistem 3 Dalam 1” yang dikemukakan oleh sebuah syarikat Jepun ZERO-MAX.
Beliau juga mendedahkan bahawa ZERO-MAX bukan hanya mempunyai Bahagian Penyelidikan dan Perkembangan yang berteknologi tinggi dan berpengalaman, i-CHARGE juga menggunakan komponen-komponen elektronik yang berkualiti tinggi dan bahan aloi aluminium yang lebih tahan terhadap kepanasan dan gegaran yang kuat berbanding dengan produk yang berjenama lain. Dengan bersadur aloi aluminium sebagai pembalut, i-CHARGE berupaya untuk mengatasi perubahan cuaca dan kelembapan yang melampau demi melindungi sistem litar elektrik i-CHARGE. Selain itu, ia juga merupakan pemantap voltan elektrik yang satu-satunya dicipta dalam pasaran dengan menyambungkan soketnya kepada suis pencucuh dalam kereta secara langsung. Produk yang berjenama lain pula perlu dipasang ke dalam petak enjin kereta, yang mungkin terdedah kepada suhu panas yang tinggi, bahan-bahan kimia dan gegaran.
“Pasti kamu boleh bayangkan, i-CHARGE yang dipasang di dalam kereta atau produk yang dipasang di dalam petak enjin yang mempunyai jangka hayat yang lebih panjang, lebih-lebih lagi di bawah bahangan matahari yang terik seperti di Malaysia? Yang pentingnya, ia memang selamat digunakan. Menurut beliau lagi, oleh kerana daya gerak i-CHARGE disalurkan oleh arus elektrik terus (DC) bateri kereta tidak bersinaran radioaktif dan gelombang magnetik, jadi ia tidak akan memudaratkan badan manusia atau kereta. Selain itu, pemasangan i-CHARGE tidak perlu mengubahsuai sebarang alat-alat kelengkapan kereta dan tidak akan merosakkan kereta anda.
“Lagipun setiap produk MXB telah ditandakan satu nombor kod laser yang tersendiri, malah disertakan bersama suatu kad waranti yang menjaminkan i-CHARGE boleh ditukar dan diselenggara dalam masa setahun.” Beliau menambah lagi, hanya dengan jaminan produk yang bermutu tinggi, baru pemandu boleh memandu dengan selamat tanpa sebarang kerisauan.
Kejayaan Penjualan Terus Menciptakan Peluang Kerjaya
Sebagai seorang pakar yang menceburi di dalam bidang MLM buat berpuluh-puluh tahun ini, beliau memang menyedari dan mengetahui betapa pentingnya pengalaman bagi seseorang untuk mempromosikan produknya. Beliau memberitahu para Distributornya, bahawa setiap pengguna harus diberi satu peluang untuk mencuba i-CHARGE sebelum mereka membelinya dengan suka hati. “Sebab itu, setiap Distributor MXB akan memasang seunit i-CHARGE untuk kereta kawan mereka masing-masing, apatah mengajak mereka pergi makan angin bersama dengan kereta tersebut. Selepas itu, baru mereka dapat merasakan kelebihan yang ada pada i-CHARGE, sehingga mereka akan rasa keberatan untuk mengalihkan i-CHARGE daripada kereta.
Kelebihan yang ada pada beliau bukan hanya setakat itu saja, kerana beliau bervisi untuk menciptakan suatu siri rangkaian yang merangkumi pengguna i-CHARGE, Distributor pemasaran dan penjualan. Apatah terus merancang untuk mencipta dan mempromosikan lebih banyak produk baru atau barangan elektronik kereta lain, misalnya pewangi udara kereta, aksesori, pintu kereta berjenama, perabot pejabat atau jam tangan yang bermodelkan kereta. Pendek kata, visi beliau adalah untuk memperkembangkan pasaran produk elektronik kereta.
“Janjinya, visi MXB adalah untuk mendorong kita supaya hidup sebati dengan kereta yang bermutu tinggi dan baik!” kata beliau dengan penuh yakin. Sebab itu, beliau ingin mewujudkan suatu cara hidup yang serba baru untuk kita semua.
- Asia DirectSales -
naik atas